Thursday, April 07, 2011

"cikgu oh cikgu"

hari nie dah seminggu dah aku jadi cikgu ganti kat maahad muhammadi lelaki (MMl)..em lau korang tanya aku apa perasaan aku sekarang?? em apa yang boleh aku katakan sampai ke saat nie aku still lagi berdebar-debar lau time nk g sekolah dan time nak masuk kelas..berdebar seh nak masuk kelas dengan student semuanya lelakistudent-student lelaki nie bukannya leh harap sangat..lebih2 lagi bila dapat cikgu yang muda remaja lagi..dan yang paling penting single mingle lagi..em macam-macam kerenah diorang nie..


mula2 masuk mengajar biasalah kena la takruf(sesi perkenalan) dulu..biasanya kita cakap la nama dulu kan..bila dah abis cakap nama kita terus diorang tanya status..em hebatkan student2 zaman sekarang..untuk pengetahuan aku ajar student form 4 and form 5..em cuba bayangkan kerenah remaja yang baru nak merasa dunia remaja..


setakat hari nie yang kelas yang paling mencabar aku ajar adalah tingkatan 4 akaun dimash..huh betul2 mencabar keimanan..sebabnya ada 6 hingga 7 orang student yang tak berapa suka belajar dan dapat pula guru yang baik macam aku..lagilah diorang naik lemak..mula2 aku layan jugak kerenah mereka dan skang aku malas dah nak layan..aku biar je diorang nak buat apa asalkan tak gangu kelas aku..hehe aku dah warning siap2 diorang dan setiap kali masuk kelas aku msti kena warning diorang dulu..tapi yang peliknya diorang still lagi tanya soalan tiap kali ada sesi perbincangan..kiranya diorang pn ada jugak la dr aku mengajar walaupn diorang buat bising ataupn tido..hehe


tapi ajar form 5 lagi menarik coz mayb diorang anggap aku nie baya2 diorang jea (sebabnya cikgu lagi kecik daripada diorang..haha)..diorang anggap aku nie macam kawan2 diorang jea..sebab tu sesi pengajaran aku rasa senang sikit..tapi ada sesetengah student tue lagi pandai pada aku..jadi aku stress la sikit kan sebab kena study dulu baru leh jawab soalan mereka(tapi nasib baik student kat sini hormat kat guru mereka) walaupn aku terkial2 nak jawab soalan mereka dan kadang2 aku terpaksa minta bantuan rakan mereka untuk selesaikan sesuatu soalan diorang stillmahu aku ajar walaupn kawan diorang lagi terror dari aku..haha..


tu la serba sedikit pengalaman aku pada minggu pertama sebagai guru ganti..hope semua student aku faham apa yang aku ajar dan semoga ilmu yang aku ajar bermanfaat untuk mereka..gud luck semua my student..adios

No comments:

Post a Comment