Friday, January 07, 2011

KESIAN @ PADAN MUKA??


(gambar diambil dari berita harian online 7/1/2011)

Hari nie masa dapat surat khabar sinar harian..bila tgok muka depan dia..berderau darah aku bila tengok tajuk dia"belasah sampai lembik".kat gambar tu ada dua remaja belasan tahun lembik dibelasah..dengan tangan terikat..darah mengalir dari tubuh..tiba2 terdetik dalam hati aku..kesiannya bdak nie..kalau la mak bapak diorang tengok anak2 diarang kena macam nie..apa la perasaan diorang..2

tapi bila baca tagline berita tu" dua remaja berusia 16 dan 18 tahun cedera parah dibelasah penduduk kampung ketika mencuri kabel telekom malaysia di kampung mentera,binjai,kota bharu,semalam"

terus terdetik kat hati aku nak baca berita seterusnya..biasa aku tak baca surat khabar sinar harian nie..lau dah tak de pilihan lain baru la aku baca..
nie adalah petikan berita yang aku baca

KOTA BHARU – Dua remaja lelaki belasan tahun cedera parah selepas dibelasah penduduk kampung ketika sedang mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Kampung Mentera, Binjai, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kedua-dua suspek 16 dan 18 tahun berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Seorang lagi rakan suspek bagaimanapun sempat melarikan diri sebaik kegiatannya disedari penduduk kampung yang melihat mereka sedang memanjat tiang TM sementara seorang lagi menunggu di dalam sebuah kereta.

Seorang penduduk, Shafie Ismail, 48 berkata, sebaik menyedari tindakan tiga lelaki itu, seorang penduduk kemudian memaklumkan kepada penduduk kampung yang lain sebelum menyerbu dan bertindak membelasah mangsa.

“Penduduk nampak suspek sedang menarik kabel dengan menggunakan tali yang diikat dengan batu lalu bertindak memanggil penduduk yang lain.

“Selepas berlaku pergelutan antara penduduk dan suspek, penduduk akhirnya berjaya menangkap dua lelaki itu serta menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng yang ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), di sini, semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Dua suspek kini dirawat di HUSM dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, sabit kesalahan mereka berdepan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

“Kami masih mengesan seorang lagi rakan suspek yang berjaya melarikan diri bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian suspek terbabit dikatakan sudah memotong kabel di kawasan berhampiran apabila mendapati longgokan kabel yang sudah dipotong di dalam but keretanya.

bila baca kenyataan akhbar nie..rasanya memang patut pn penduduk kampung nie marah..tapi aku still rasa macam tak patut pukul sampai macam tu sekali..tapi bila seseorang dalam keadaan marah dan sudah lama memendam rasa..agaknya tu la balasan yang paling baik budak2 tu dapat..

budak2 tu pn satu hal..aku tengok fizikal diorang ok je..sihat tubuh badan..kenapa nak ambik risiko pergi mencuri..kenapa tak gunakan kudrat yang ada untuk berkerja..sekurang2nya..rezeki yang dperolehi rezeki halal..takdelah orang marah..tapi tu la diaorng nie malas nak kerja..hanya tahu cari duit dengan jalan mudah iaitu mencuri..menyusahkan orang je..lau dah kena tangkap ginilah jadinya..

so kat adik2 aku..aku pesan supaya lau nak buat sesuatu tu pikir dulu baik buruk..jangan bertindak sesuka hati..cari rezeki yang halal..walaupn sikit tapi berkat..jadi fikir-fikirkan lah..
adios..

No comments:

Post a Comment