Tuesday, October 22, 2013

MAK

Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh..

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan sarapan untuk aku..

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan tunggu sehingga aku pergi kerja..

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. 

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari kerja, makanan sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 9 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. 

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu. 

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!


 i love u ma

Monday, October 21, 2013

SETAHUN BERLALU...


Setahun berlalu selepas peristiwa itu...
aku telah belajar betapa sakitnya dikhianati
aku telah belajar betapa peritnya dilukai
aku telah belajar apa itu percaya
aku telah belajar erti kejujuran
aku telah belajar apa erti kawan
dan yang paling penting aku telah belajar apa itu erti kesabaran
alhamdulillah sekarang aku telah belajar yang aku tak pernah bersendirian