rasanya dah lama aku tak menulis..sekarang nie aku rasa down sangat sebab sekarang nie aku berada dalam persimpangan dilema..aku serba salah antara meneruskan atau mengundur diri..aku telah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan hubungan ini tapi masih lagi tak berjaya untuk menyakinkanya bahawa dia adalah segalanya bagi aku..dia menyatakan sayang padaku tapi perlakuannya tak seiring dengan kata-katanya..aku bingung samada untuk terus mempercayainya atau menganggap ia adalah dusta..tapi kadangkala firasatku menyatakan dia hanya mempermainkan aku tapi hati ini tetap berkeras dan membutakan hati untuk mengakui bahawa dia hanya mengambil kesempatan atas kebaikan aku..tapi sekarang aku sudah membuat keputusan untuk mengundur diri..mungkin ia adalah terbaik untuk semua dan aku hanya mampu untuk berdoa semoga apa yang aku buat ini adalah tindakan yang betul..tiada guna mengharap dan menggantung harapan kepada orang yang tidak menyayangi kita dan tidak memberi jaminan pada kita..sekarang aku pasrah macam lagu shahir af8 "
kebahagian dalam perpisahan" mungkin perpisahan adalah cara yang terbaik untuk kami meneruskan hidup dengan lebih baik dan mungkin sapa tahu suatu hari nanti kami akan menemui kebahagian yang kami cari..
ya allah kau tunjukki lah aku yang yang terbaik untuk aku lalui..amin..enjoy dengar lagu shahir tapi still xleh nak download..hanya lirik je ada..enjoy..adios
lirik lagu shahir af8"kebahagian dalam perpisahan"tak perlu ucapkan sepatah kata
kerna lantang terbaca dari muka
kau dan daku sudah tiada
keserasian di jiwa
mungkin magisnya sudah hilang
tak perlulah kita mencuba lagi
betulkan kesilapan perhubungan ini
bila setiap perbincangan
menjadi perbalahan
manakah agaknya cinta kasih
chorusembun pun takkkan mampu menyubur sekuntum
bunga yang layu pada musim luruh
yang dulunya mekar di sinar suria
bila sudah kering pasti akan gugur
seperti cinta kita yang jelas ternyata
semakin lama oh semakin rekah
menimbulkan tanya apa mungkin kita
temu kebahagian dalam perpisahan
usah titis air mata kau tangiskan
ku dah cukup menampung selautan
begitu lama ku pendam
tapi hanya berdiam
kerna cuba menafi realiti
ulang chorusseperti cinta kita yang jalas ternyata
semakin lama oh semakin rekah
menimbulkan tanya adakah mungkin kita
temu kebahagiaan dalam perpisahan
kebahagian dalam perpisahan